Pegang anak Irwansyah, Laudya Cynthia Bella dipuji makin cantik lepas ‘single’… peminat minta jadi isteri kedua

Lama kita tak dengar khabar mengenai pelakon popular dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella selepas lebih setahun perkahwinannya dengan Engku Emran berakhir.

Terbaharu, foto Laudya dilihat memelvk anak Irwansyah dan Zaskia Sungkar iaitu Ukkasya Muhammad Syahki mencvri tumpuan peminat.

Menerusi perkongsian di Instagram milik Irwansyah, aktor itu memuat naik foto terkini Laudya semasa bertemu anak lelakinya itu, baru-baru ini.

“Ada yang nemplok (j4tuh hati). MasyaAllah Tabarakallah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian Irwansyah itu menerima pelbagai komen daripada pengikut dan rata-ratanya memuji penampilan Laudya yang dilihat semakin cantik.

Malah, ada juga yang sempat berjenaka meminta Irwansyah menjadikan Laudya sebagai isteri kedua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15)

“MasyaAllah, Bella semakin cantik… semoga mendapat jodoh yang luar biasa ya.

“Ya isteri kedua… kami sokong abang Irwan, tak ada salah lelaki punya isteri lebih dari satu.

“Baca komen-komen ada minta jadi isteri kedua. Seram amat Ya Allah,” antara komen netizen.

Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, Laudya mengumumkan mereka sudah berc3rai pada Julai tahun lalu.

Engku Emran kini sudah bergelar suami kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila.

Manakala, Laudya pula masih belum menemui pengganti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mStar via SV

Leave a Comment